Wednesday, May 26, 2021

Penipuan Antivaksin

[Ilmu Mengatasi Semuanya]

[Teks asal dalam Bahasa Inggeris]

Di tengah-tengah pandemik COVID-19 ini kita terndengar suara-suara hodoh dan menjengkelkan dari gerakan antivaksin yang cuba memperbodohkan masyarakat supaya mempercayai propaganda mereka. Gerakan ini sudah sekian lama digerakkan oleh mereka. Ideologi ini tidak datang bersendirian. Ia akan datang bersama dengan ajaran Bumi rata, propaganda anti pendaratan di Bulan dan yang seumpamanya. Kebodohan tidak datang sebagai satu. Sekali anda bodoh, selamanya bodoh.

Dalam penulisan ini saya kumpulkan 3 video propaganda mereka yang sudah menular di sekitar media sosial. Mereka mendakwa vaksinasi menyuntik mikrocip ke dalam tangan penerimanya. Mereka membuktikannya dengan meletakkan magnet pada tempat suntikan dan menunjukkan bahawa magnet menarik mikrocip tersebut dan melekat kepada bahagian lengan berkenaan.


Selaku seorang yang bergraduat sebagai jurutera komputer, saya tahu ini adalah PEMBOHONGAN yang nyata. Ini adalah hujah saya:
  1. Pertama, mereka ini kenal mikrocip atau tidak? Mikrocip dibuat daripada apa? Silikon. Silikon ini apa? Silikon hanyalah pasir dan dalam bentuk wafernya ia kadang-kadang dipanggil wafer kaca kerana dalam bentuk ini ia sebenarnya kaca. sekarang, adakah pasir atau kaca menarik magnet?
  2. Kedua, memang ada logam yang digunakan dalam fabrikasi mikrocip, tetapi amat sedikit logam yang bersifat feromagnetic metal yang tertarik kepada magnet digunakan. Logam yang digunakan secara terus pada wafer untuk melengkapkan litar-latir transistor kebanyakannya adalah aluminium - bukan feromagnetik. Logam feromagnetik yang ada digunakan adalah nikel yang mungkin digunakan sebagai wayar untuk menyambung mikrocip ke dunia luar. Ini juga amat jarang kerana biasanya tembaga yang digunakan. Jadi bagaimana magnet boleh menariknya?
  3. Akhir sekali, tidak wujud mikrocip cecair. Sekurang-kurangnya belum lagi wujud. Teknologi sudahpun berupaya mencipta semikonduktor organik, tapi belum, mikrocip cecair belum lagi. Kristal cecair pun perlukan kuasa untuk berfungsi. Dari mana datangnya kuasa dalam badan manusia? Dan, ya, kristal cecair juga bukan feromagnetik.
Dan saya juga sudah menyelesaikan 2 dos saya, dan saya tak nampak apa ada magnet yang tertarik kepada bahu saya. 🤣🤣🤣

Melihat kepada tahap pembohongan yang mereka sanggup lakukan, kita tahu mereka sekarang sangat terdesak. Saya tidak mahu membuang masa menyiasat apakah jenis silap mata yang mereka lakukan untuk menghasilkan video-video di atas, tetapi jangkaan saya nampaknya betul sekurang-kurangnya untuk video kedua. Mereka lekatkan kertas besi pada bahu di tempat vaksin disuntik, kemudian ia dicat dengan warna yang yang serupa dengan warna kulit. Anda boleh lihat dalam snap-snap di bawah:

Pada sudut tertentu, anda mungkin boleh lihat pinggir tepi tampalan besi yang mereka letak pada bahu. Snap berikutnya menandakan kawasannya.


Pinggir tepi tampalan yang dicat diserlahkan.


Bahagian yang tidak melekat adalah di luar tampalan berkenaan.

🤪 Kebodohan 🤪
🤪 Datang berulang-kali 🤪