Thursday, April 30, 2020

Cerita Pendek Pasal Pasaraya Mydin


Gambar sekadar hiasan

Di Kota Bharu ada Pasaraya Mydin. Pasaraya Mydin itu, pada zaman pra-Malaysia Boneka, kelihatan menyokong PAS kerana pada pintu masuknya tertulis "Bersama Kepimpinan Ulama" atau "Maju Bersama Islam", atau yang seumpamanya. Saya juga orang Kota Bharu, tetapi jarang-jarang balik kampung, dan pergi ke Pasaraya Mydin juga jarang-jarang, termasuk yang di Lembah Kelang pun. Jadi saya hanya sekali sahaja ke Pasaraya Mydin di Kota Bharu, sebab itu sudah tidak ingat apa ayat tepat yang tertulis pada pintu masuk Pasaraya Mydin ketika itu.

Pada zaman itu juga pasaraya berkenaan pernah terbakar. Ekoran insiden itu ada orang Kelantan yang kata "Mydin terbakar sebab tak bayar zakat" melalui media sosial. Mungkin itu hanya sembang media sosial, tetapi ia memberikan satu gambaran bahawa dalam kalangan umat Islam juga ada yang tidak positif sangat dengan Pasaraya Mydin. Saya sendiri mempunyai pandangan peribadi tentang pasaraya ini tetapi saya mungkin akan mengongsinya dalam penulisan lain. Itu pun kalau saya mahu menulisnya sebab butir-butirnya mungkin boleh menyebabkan saya kena saman.

Ketidakyakinan rakyat marhein terhadap Mydin memang ada asasnya. Pada era Malaysia Boneka, mereka terlibat dalam mengemis rakyat untuk menderma ke Tabung Harapan. Ini tidak sepatutnya berlaku kalau mereka masih menyokong PAS, melainkan mereka sudah berubah kepada PAN dan menyokong PH. Malah mereka juga menampakkan satu lagi ciri pemerintahan era Malaysia Boneka, iaitu anti penjawat awam.

Penjawat awam sebenarnya tidak semua yang seratus peratus sentap terhadap kenyataan Mydin supaya gaji mereka dipotong supaya kerajaan dapat berjimat untuk menghadapi tekanan ekonomi ketika serangan COVID19 dan selepasnya. Ada juga penjawat awam yang redha dengan suasana musibat yang melanda dunia sekarang. Walau bagaimanapun, kenyataan sedemikian memperlihatkan warna sebenar pegangan politik pemilik pasaraya berkenaan. Ia juga mengecewakan pejuang-pejuang BMF.

Akhir kata, keraguan saya terhadap Mydin selama ini akhirnya terbukti benar.


xxx Sekali Termakan Fitnah xxx
XXX Kekal Selamanya XXX