Saturday, January 18, 2020

Biarlah Berpolitik untuk Rakyat


Gambar sekadar hiasan

Kalau ingin berpolitik, kalau ingin berkuasa, biarlah niatnya untuk berkhidmat kepada rakyat. Kalau niat berpolitik untuk menghukum musuh anda, maka anda akan sedar setelah menang, anda tidak cukup bukti untuk mensabitkan musuh anda itu bersalah.

Kenapa begitu? Kerana ketika anda membangkang musuh anda, anda bukan pegawai penyiasat, maka hujah yang anda ada untuk mensabitkan musuh anda bersalah adalah persepsi semata-mata, cerita semata-mata. Kalau anda pegawai penyiasat, selaku penjawat awam, anda tidak boleh masuk politik.

Kemudian anda menang dengan kemampuan mentadbir dan berpolitik yang hampir sifar. Ketika itulah anda sedar susahnya menjaga negara. Manifesto semua ke laut kerana semuanya dibuat dengan niat membunuh karier politik musuh anda - bukannya berpijak ke bumi untuk rakyat.


Dia berpolitik untuk rakyat, ketika berjawatan dan ketika tiada jawatan.

Lalu muncullah kerja-kerja mendakwa musuh anda dengan dakwaan-dakwaan yang aneh yang dibawakan dengan bukti-bukti palsu atau yang bertandatangan palsu untuk memenjarakan musuh anda.

Kalau sebelum menang dulu anda hanya termakan persepsi ciptaan orang lain, sekarang anda terpaksa teraba-raba mencipta sendiri bukti-bukti untuk menunjukkan anda benar.

Anda pun tahu itu adalah dosa besar, dan anda bakal menerima badi laknat dari orang teraniaya, yakni mush anda itu, yang mana doa orang teraniaya tiada hijabnya menuju Allah s.w.t.

Sudahnya, anda yang tersungkur, dan sekarang sedang merungut bahawa anda pula yang difitnah.

Ya, anda sedang berada di tempat musuh anda yang dahulu anda fitnah.

Dan nasihat ini bukan setakat untuk politik pentadbiran kerajaan sahaja. Nasihat ini untuk semua jenis politik yang ada: politik kampus, politik pejabat, politik akademik dan lain-lain.


... Doa orang teraniaya ...
...:: tiada hijab ::...