Friday, November 24, 2017

Harga Minyak Turun Pun

Saya agak terkilan dengan sekian banyak orang yang hidup senang tetapi masih bersungut harga minyak naik padahal ia tidak menjejaskan hidup mereka pun. Sungutan itu pula dibuat dengan nada seolah-olah kerajaan yang menaikkannya sesuka hati. Kalau di universiti, dari serendah-rendah tutor dan pensyarah muda hingga ke setinggi-tinggi profesor, begitu ramai yang berfikiran sempit dan begitu mudah dimomokkan oleh pembangkang. Setiap patah fitnah pembangkang kepada Datuk Seri Najib mereka echokan sahaja seperti burung kakaktua yang tidak berakal.

Dikatakan bahawa: harga minyak dunia pada minggu lalu turun, jadi kena kerajaan menaikkannya? Nampaknya para profesor yang bijak pun menjadi agak lembab bila berdepan dengan macai pembangkang. Tuan-tuan sekalian, harga minyak dunia itu harga minyak mentah. Minyak petrol dan disel mengambil masa untuk mengikut harganya turun kerana ada delay dari segi proses dan pemantauan harga. Semudah itu sahaja sebabnya prof. Buktinya, prof, minggu ini, minggu November 23 2017 ke November 29 2017, harga minyak turun mengikut corak harga minyak mentah dunia. Puas hati?


Kenapa begitu sekali sangsi dengan kerajaan yang memerintah dengan adil ini? Kenapa masih begitu terikut-ikut dengan PEMBOHONGAN pembangkang walaupun sudah sekian banyak terbukti pendustaan mereka? Dalam kalangan cerdik pandai pun masih melalak-lalak mengherdik GST. Tidakkah prof nampak kutipan GST sudahpun dipulangkan kepada rakyat? Kerajaan kini sudah mampu memansuhkan kutipan tol di Lebuhraya Persekutuan. Itulah hasil GST yang sudah pulang semula kepada rakyat.

Kalau GST pun sudah dipulangkan kepada rakyat, kenapa masih ragu dengan kejujuran Datuk Seri Najib untuk menurunkan harga minyak ketika harganya turun?

\\\\\\#BersamaNajib /////
\\\\\\ #UndiBN //////


Sunday, September 10, 2017

1.3×1012 = 500 × 2.6×109

Dia cuba menjatuhkan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib dengan RM2.6 bilion. Rupa-rupanya dia sendiri kelihatan ada menyimpan RM1.2 trilion di luar negara. Isu ini masih di peringkat individual statements tetapi sudah ada rakannya yang membuat laporan polis, jadi ia ada sedikit sebanyak kebenarannya.


Nilai yang dia sendiri terpalit adalah 500 kali lebih besar daripada yang dia tuduh ke atas YAB Perdana Menteri.

Saya berharap cerita-cerita dari yang membuat statement ini adalah benar. Bukan kerana saya mahu dia dihukum, tetapi kerana saya mahu negara mengambil kembali wang berkenaan sekiranya ia tidak diperolehi secara halal - seperti mana dia mahukan wang 1MDB disita di Amerika. Banyak hutang negara boleh dilangsai dengan wang itu dan rakyat boleh hidup senang.

////// SEKARANG, \\\\\\
////// BARU KUTAHU \\\\\\


Saturday, July 29, 2017

Kerenah Manusia Jahil

Manusia yang jahil tidak akan rasa dirinya jahil. Manusia yang jahil dengan ilmu yang salah bukan sahaja tidak akan merasa dirinya jahil, tetapi akan memandang orang lain salah dan jahil lagi.



Setelah sekian ramai kanak-kanak mati sebab tidak divaksin, masih adakah lagi keraguan tentang WAJIBNYA vaksin di sisi syarak? Atau masih nak jadi PEMBUNUH kanak-kanak?

Sedarlah wahai kaum salafi saudaraku seagama. Wahyu tidak memberitahu segala penyelesai masalah ummah. Dan para ustaz tidak alim semua ilmu. Ustaz-ustaz yang mengharamkan vaksin sekarang ini, esok lusa akan mengkafirkan orang-orang yang memvaksin anak-anak mereka.

أهل السنة والجماعة‎‎ <<SALAFI>>
أهل السنة والجماعة‎‎
TIDAK SEMESTINYA AHLUSSUNNAH


Saturday, May 20, 2017

Fund Raising: Yang Tersurat dan Yang Tersirat

Suatu isu yang begitu panas sejak beberapa hari tentang Mufti Perlis Dr. MAZA sudah mula sejuk nampaknya. Pendekar-pendekar cyber UMNO dan hulubalang-hulubalang salafi madkhalis nampaknya sudah mengurangkan serangan setelah pihak Dr. MAZA mengambil pendekatan berdiam diri.

Untuk tidak menjadikan isu ini sejuk sebelum ada keputusan muktamad, izinkan saya mengimbau kembali isu asal dan memperjelaskan beberapa perkara yang sebenarnya bukan fokus tetapi dijadikan point oleh pihak defenden di sebelah sana untuk membela diri.

Isu asal adalah poster ini:


Poster fund raising Pertubuhan IQ ini menjadi bola tanggung kepada pihak-pihak yang menentang Dr. MAZA kerana merasakan Dr. MAZA dan kumpulannya banyak menyebarkan fitnah dan mengaibkan mereka dan pihak-pihak tertentu yang lain.

Poster yang mempromosikan jualan meja berharga puluhan ribu ringgit sempena berbuka puasa ini menjadi alat untuk musuh-musuh Dr. MAZA memulangkan paku buah keras kepadanya kerana dia sering menulis bahawa rakyat negara ini sedang sengsara akibat harga barang dan minyak yang tinggi, GST dan lain-lain. Dalam keadaan kononnya rakyat sedang sengsara, kenapa Dr. MAZA begitu bermewah-mewah meminta pembelian meja untuk berbuka puasa dengan harga puluhan ribu ringgit? Bukankah ini bermakna Dr. MAZA sendiri yakin bahawa rakyat negara ini mampu membelinya? Lalu kenapa ditebarkan kononnya rakyat negara ini sengsara?

Itu isu pertama: Isu apakah pendirian sebenar Dr. MAZA tentang tahap ekonomi rakyat negara ini – miskin atau kaya?

Isu asal kedua adalah kenapa lokasi majlis fund raising itu dibuat di PWTC yang dimiliki UMNO dan menempatkan ibu pejabat UMNO? Walhal Dr. MAZA dan kumpulannya begitu banyak menulis perkara-perkara negatif terhadap UMNO dan pemerintah terutamanya YAB Perdana Menteri? Kenapa selepas dicerca UMNO dan pimpinannya, tebal pula muka Dr. MAZA untuk mengadakan majlis di PWTC?

Dua isu ini mudah ditangani kalau di pihak Dr. MAZA menjawapnya secara objektif dan terus kepada point tanpa perlu berpusing-pusing untuk menimbulkan perkara-perkara lain yang tiada kaitan.
  1. Untuk isu harga meja yang melampau yang tidak menggambarkan pendirian Dr. MAZA tentang keadaan ekonomi rakyat marhein, Dr. MAZA boleh saja menjawap meja itu untuk golongan kaya yang mampu membayar. Dengan jawapan seperti ini Dr. MAZA perlu sedar bahawa dia akan kehilangan aura pejuang rakyat bawahan yang sering dilihat ada padanya.
  2. Untuk isu tempat pula mungkin Dr. MAZA boleh menjawap bahawa dia tidak memusuhi elemen-elemen milik pemerintah, tetapi dia cuma mengkritik sahaja sikap-sikap pemerintah yang suka membazir. Kalau ini jawapannya, maka Dr. MAZA juga perlu memperjelaskan kenapa PWTC bukan dikategorikan sebagai tempat bermewah-mewah yang membazir.
Dua jawapan lurus di atas juga nampak tidak selamat untuk Dr. MAZA. Mungkin itu sebabnya jawapan lurus tidak dipilih, tetapi jawapan yang bersimpang-siur yang tidak menjawap persoalan asal yang menjadi pilihan, yang akhirnya menjadikan isu ini berpanjangan.

Perkara Yang BUKAN Isu

Perkara pertama yang bukan isu asal yang dijadikan bahan untuk menjawap adalah meminta derma bukan satu kesalahan kata mereka. Saya rasa tiada sesiapapun yang mengatakan usaha Dr. MAZA dan pihak-pihak dalam IQ untuk mengutip dana untuk IQ adalah satu kesalahan. Cumanya ia tidak menjawap persoalan asal iaitu kalau rakyat negara ini miskin, siapa yang mahu beli meja-meja yang dijual?

Perkara kedua yang menjadi bahan jawapan adalah katanya dana itu untuk aktiviti IQ. Sekali lagi tidak menjawap isu asal. Ini lebih kepada percubaan untuk mengukuhkan jawapan pertama yang juga tidak menjawap soalan.

Risiko yang perlu dihadapi oleh pihak-pihak yang diajukan soalan tetapi tidak menjawap secara lurus dan tepat adalah pihak yang bertanya akan terus menembak dengan soalan-soalan baru untuk memperjelaskan maksud soalan asal dan jawapan yang perlu diberikan. Tembakan-tembakan seterusnya ini akan membawa kepada siasatan yang lebih lanjut dan mendalam dan membawa kepada pendedahan yang lebih berat.

Teori Konspirasi

Setelah hanya menjawap tentang kebaikan majlis mereka dan objektif dana yang dikutip tanpa menjawap persoalan asal, soalan pertama yang akan berpusing balik adalah persoalan tentang bukti kebaikan itu dan bukti penggunaan dana tersebut. Iaitu, mana audit untuk membuktikan bahawa dana itu dikutip mengikut prosedur dan dibelanjakan juga mengikut prosedur?

Soalan seterusnya selepas itu kemungkinan akan berbaur dengan fakta-fakta separa masak atau perkara hearsay yang mempunyai unsur fitnah kepada Dr. MAZA dan IQ. Ini sudahpun muncul. Ada beberapa netizen yang sudah mengedarkan poster kononnya dana IQ digunakan untuk berjalan-jalan di Amerika, yang memaksa MISG membantu membetulkan fakta. Ada juga netizen yang mula menularkan kononnya ada RM16 juta dalam akaun IQ. Suatu dakwaan yang agak tidak munasabah berdasarkan logik akal tentang jumlah aliran tunai keluar masuk ke dalam IQ.

Semua persoalan-persoalan boomerang yang bersifat fitnah ini timbul kerana pihak Dr. MAZA dan IQ gagal menangani persoalan asal dengan baik. Lebih memburukkan lagi, selepas gagal menjawap, IQ dan Dr. MAZA lebih berminat untuk berdoa laknat dan berdiam diri. Kemudian ada pula akaun-akaun Facebook yang didakwa telah diminta tutup, dan juga cerita-cerita tentang saman-menyaman.

Kesimpulan

Untuk meleraikan kekusutan, saya mencadangkan dua perkara untuk difikirkan oleh IQ dan Dr. MAZA.

Pertama, terimalah sahaja hakikat bahawa rakyat negara ini tidak hidup tertekan. Itulah hakikat yang tergambar kalau fund raising ini dilaksanakan dengan bayaran puluhan ribu ringgit. Apa ruginya kalau Dr. MAZA menerima hakikat ini? Bukankah sumber rezeki kepada IQ akan lebih murah kalau hakikat ini disyukuri?

Kedua, janganlah dimusuhi ulil amri yang menjaga urusan negara dan jemaahnya. Dr. MAZA dan IQ begitu jelas perlu merendahkan diri untuk mendapatkan peluang mengadakan majlis berkenaan di PWTC. Kalau sudah merendahkan diri sebegitu, kenapa pada ketika-ketika lain ulil amri dicerca pula? Bukankah kita dilarang daripada memisahkan diri dari ulil amri dan jemaahnya walaupun sejangkal dengan amaran mati jahiliyyah?


<<«« AGAMAWAN, »»>>
<<«« CAKAPLAH SERUPA BIKIN »»>>


Thursday, May 11, 2017

Kalau Negeri Di Bawah Khawarij dan Harbi

Adalah memalukan golongan yang boleh dikatakan arif dengan agama dan diberikan tanggungjawap menguruskan dana agama turut terlibat menggelapkan dan merosakkannya.

Kalau dalam kes di Perlis dahulu parti khawarij senang-senang sahaja membalikkan cap korupsi kepada UMNO kerana Perlis negeri UMNO kata mereka. Padahal bidang kuasa urusan wang zakat itu adalah milik mufti. Kali ini skandal yg sama berlaku di Pulau Pinang. Apalagi yang mereka ingin katakan?

Kita banyak terdengar tuduhan-tuduhan yang mengatakan ulama suk itu datangnya dari kalangan ulama politik kerajaan. Namun kita melihat Allah s.w.t. membuktikan sebaliknya. Allah s.w.t. membuktikan bahawa para ulama yang berada di dalam arena politik kerajaan ini adalah pendokong jemaah pemimpin negara yang selamat daripada ancaman mati jahiliyyah.

Sebaliknya golongan agamawan yang berada di luar kerangka jemaah itulah yang amat-amat mudah tergelincir menjadi ulama suk kerana mengambil mudah perintah untuk meleburkan dengan pemerintah. Ini mendedahkan mereka untuk mengikut hawa nafsu dan menyelewengkan DANA AGAMA milik Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.

KEMBALIKANLAH PEMERINTAHAN DI NEGERI PULAU PINANG INI KEPADA JEMAAH PEMIMPIN NEGARA.

🌴BN 🌴BN 🌴BN

Sunday, May 7, 2017

Salam Penulisan


Image from Pinterest
Blog ini juga sudah begitu lama saya tinggalkan. Bukan kerana sudah tidak suka ber-blog, tapi seolah-olah saya sudah mengenepikan keperluan untuk seorang ahli akademik untuk menulis. Tugas utama seorang ahli akademik adalah mengajar dan penulisan adalah salah satu elemen penting kerana ahli akademik itu tidak boleh mengehadkan ruang untuk tersebarnya ilmunya hanya pada organisasi atau universitinya sahaja. Inlah tanggungjawap yang saya sudah lama tinggalkan.

Mungkin ini punca kenapa saya tidak menyerlah sebagai ahli akademik walaupun ramai yang mengatakan yang saya mempunyai banyak bakat akademik terutama dalam penulisan dan pengaturcaraan.

Walau bagaimanapun, saya pernah menulis macam menggila. Itu adalah semasa saya berdebat dengan kaum bughah (pembangkang) dalam tahun-tahun awal 2000-an. Namun itu tidak sebenarnya membuahkan banyak hasil yang berharga yang boleh dibanggakan kerana penulisan tersebut tercerai-cerai dan tidak tersusun.

Yang boleh saya banggakan untuk penulisan pada ketika itu adalah saya melaksanakan tugas fardhu kifayah untuk berjuang mempertahankan ulil amri ketika itu, Tun Abdullah. Ketika saya dan kumpulan yang berdebat bersama-sama dengan saya ketika itu melaksanakan tugas kami, pada pilihanraya tahun 2004 Tun Abdullah menang bergaya. Kemudian berlaku perpecahan dalam kumpulan kami. Saya sendiri berhijrah ke USA sekejap untuk ijazah sarjana kedua. Di Malaysia pula, kumpulan kami berpecah kerana ramai yang sangat tidak berpuashati dengan pentadbiran Tun Abdullah ketika itu terutama sekali dengan menantunya Khairy Jamaluddin.

Ketika itu kami tidak menjalankan tugas fardhu kifayah kami, maka hasilnya Pilihanraya Umum Ke-12 2008, Tun Abdullah kalah teruk di banyak tempat walaupun masih berkuasa.

Pilihanraya Umum Ke-13 2013, saya masih lagi tidak menghiraukan tanggungjawap fardhu kifayah saya dan menyangka Datuk Seri Najib yang kelihatan lebih kuat daripada Tun Abdullah mampu mengembalikan kekuatan jemaah ulil amri. Akibatnya Datuk Seri Najib menerima hasil yang lebih buruk daripada Tun Abdullah walaupun masih tetap berkuasa juga.

Sekarang Pilihanraya Umum ke-14 sudah hampir. Datuk Seri Najib sendiri sudah meniup semboyan supaya semua hulubalangnya di alam nyata dan cyber memulakan serangan dan perjuangan. Saya di mana? Doakan kali ini usaha untuk menaikkan kerja-kerja penulisan akan berterusan.

✎✎✎✎✎✎✎✎✎