Friday, November 24, 2017

Harga Minyak Turun Pun

Saya agak terkilan dengan sekian banyak orang yang hidup senang tetapi masih bersungut harga minyak naik padahal ia tidak menjejaskan hidup mereka pun. Sungutan itu pula dibuat dengan nada seolah-olah kerajaan yang menaikkannya sesuka hati. Kalau di universiti, dari serendah-rendah tutor dan pensyarah muda hingga ke setinggi-tinggi profesor, begitu ramai yang berfikiran sempit dan begitu mudah dimomokkan oleh pembangkang. Setiap patah fitnah pembangkang kepada Datuk Seri Najib mereka echokan sahaja seperti burung kakaktua yang tidak berakal.

Dikatakan bahawa: harga minyak dunia pada minggu lalu turun, jadi kena kerajaan menaikkannya? Nampaknya para profesor yang bijak pun menjadi agak lembab bila berdepan dengan macai pembangkang. Tuan-tuan sekalian, harga minyak dunia itu harga minyak mentah. Minyak petrol dan disel mengambil masa untuk mengikut harganya turun kerana ada delay dari segi proses dan pemantauan harga. Semudah itu sahaja sebabnya prof. Buktinya, prof, minggu ini, minggu November 23 2017 ke November 29 2017, harga minyak turun mengikut corak harga minyak mentah dunia. Puas hati?


Kenapa begitu sekali sangsi dengan kerajaan yang memerintah dengan adil ini? Kenapa masih begitu terikut-ikut dengan PEMBOHONGAN pembangkang walaupun sudah sekian banyak terbukti pendustaan mereka? Dalam kalangan cerdik pandai pun masih melalak-lalak mengherdik GST. Tidakkah prof nampak kutipan GST sudahpun dipulangkan kepada rakyat? Kerajaan kini sudah mampu memansuhkan kutipan tol di Lebuhraya Persekutuan. Itulah hasil GST yang sudah pulang semula kepada rakyat.

Kalau GST pun sudah dipulangkan kepada rakyat, kenapa masih ragu dengan kejujuran Datuk Seri Najib untuk menurunkan harga minyak ketika harganya turun?

\\\\\\#BersamaNajib /////
\\\\\\ #UndiBN //////